Pengalaman seram di UiTM Segamat

  Kredit To: Khairul

Hari ini merupakan hari yang kurang gembira bagi aku kerana balik lambat dan aku terpaksa menginap 1 hari lagi di kolej Ku Si Manja kini. Aku bersama beberapa rakan Ku yang masih belum pulang setelah ujian penilaian interim tamat. Kebanyakan rakan Ku sudah pulang ke rumah masing-masing,untungla aku dengan beberapa ketul je tinggal .cuti yang diperuntukkan adalah selama 1 bulan setelah sesi interim tamat.Aku merupakan pelajar course Dip. In Banking Management. Bermulalah kisah Ku di sini.


Permulaan ceritaku,aku merupakan pelajar lelaki yang menetap di kolej perempuan kerana kolej lelaki untuk kami duduki sedang menjalani penambahbaikan perabot. Jadi kolej Itu dijadikan tempat menetap sementara buat kami pelajar lelaki.Aku sepanjang 6 bulan berada di sini gembira dan selesa dengan persekitaran sekeliling.Tiada benda aneh atau pelik yang terjadi ketika aku berada di sini. Tapi malangnya ketika malam terakhir aku tinggal di situ ada berlaku kejadian yang meremangkan bulu romaku.



Alkisah,pada malam itu memang biasanya aku tiada masalah pergi dan keluar ke tandas walaupun pada awal pagi ataupun lewat malam. Aku duduk di bilik bernombor 107B berhadapan dengan tandas.Tandasnya cantik bersih ye LA tandas perempuan kan.Berbanding dengan tandas lelaki yang Serba kekurangan seperti pintu yang tiada penyendal dan macam-macam lagi.

Malam tu aku terasa ingin membuang air kecil.Jam lebih kurang pukul 12.50 .Aku tidak berada takut sangat macam sesetengah budak ,haaaaaaa...
Aku boleh LA berani tu ada dalam diri .
Aku pun pergi ke tandas setelah melihat rakan Ku keluar bilik untuk pergi ke tandas.Malangnya aku lambat sedikit diapun sudah selesai dan keluar Dari tandas ketika di bilik tadi aku perasan macam ada lagi orang kat tandas rupanya ketika di dalam tandas aku bersendirian.Aku memilih tandas pertama sebelum tandas lain.Suasana kat luar memang sunyi ramai kan dah balik.Roommate aku sorang dah balik tinggal dua lagi,bilik lain di wing kami banyak sudah kosong.2 kawan aku sibuk dengan HP dia sepanjang masa,layan awek lah tu..

Sambung balik ceritaku tadi,aku pun tutup pintu tandas yang aku gunakan dah membuang hajat.ketika aku membuang hajat aku terdengar bunyi yang pelik,ya suara wanita ketawa.Omg meremang kot dah sorang-sorang kat tandas perempuan tengah malam pulak tu.Rasa macam nak ulang balik masa tak nak pergi tandas sorang-sorang .Aku pun berfikir sejenak tadi di tandas hujung memang macam ada bunyi sikit.Tak tau LA ape kat situ.ketawanya tu merdu bak suara Dato Siti Norhaliza, ketawanya mula-mula macam biasa cuma berdengung satu jamban tu (tandas LA).Aku pun cakap oi jangan LA main-main bongok ,Aku pikir rakanku yang permainkan aku.makin lama suara ketawa tu makin mengilai- ngilai.Otak ah macam nak pengsan ,tolong aku dalam hati aku berkata."ni bukan orang ni ketawa dah merdu habis ni kalau buat album mesti top meletup ni,haaaaa.

Aku pun dengan tak sempat bukak air pun terus lari lintang pukang masuk bilik aku di Hadapan tandas.Aku buka pintu tandas aku pastu lari macam Husain bolt Tanpa tengok kiri kanan sebab aku tau kalau aku tengok mesti ada yang lagi takut kan aku.Memang aku perasan macam ada benda perhatikan aku tapi aku buat dek je lari beberapa langkah terus ke bilik,mana tak nya ketawanya mula-mula biasa merdu lepastu berhenti kejap lepas tu amik ko mengilai Gila-gila kuat satu tandas tu.


Aku pun masuk bilik terus kunci pintu.Untongla tandas kat depan pintu.Terus ambil Katil cakap dengan roommate yok tidur bawah sama-sama diorang pun OK.Terus selubung selimut.haaa haaaaa.Memang aku boleh tahan lagi first time dia ketawa OK LA not bad aku buat-buat tak tau je tapi ha kau dia lontarkan suara dia kaw-kaw mau tak cukup tanah lari .Alhammdulilah tak de apa-apa sambungan cerita seram ni lagi. 

Takut jugak tiba-tiba Ada yang ketuk pintu ke ........bersyukurla.

Sejak Dari hari tu aku dah phobia nak pergi tandas .Nak masuk je aku pikir dua tiga Kali.
OK terima kasih baca cerita saya semoga dapat pengajaran .

Moral Value
1.pergi tandas malam jangan sorang-sorang
2.Jangan main HP je
3.sentiasa pupuk sikap berani tu jangan cepat pengsan ya..


Ulasan

  1. Normal.dulu duduk kolej sempana alam buana.pernah kena sakat benda menjelma kwn 1 bilik duduk pegang hp tp rambut tutup muka.kwn tu dh ckp nk gi study bilik kwn lain tp xckp pn xblk.terjaga kol 3 pg nmpk 'dia' kt atas katil tp mls nk tegur.sok pg kol 6.30 bgn tetiba kwn tu masuk bilik.tanya dia mlm td ada blk bilik x.dia ckp xde.tp sy xciter la pasal benda tu kt dia.
    lg 1 citer,masa tu dh pukul 1pg.blk dr bilik kwn lalu dpn toilet.ternmpk ada benda berlumpur cangkung kt tmpt ambil wudhuk dlm toilet.siap patah blk nk pastikan betul ke yg sy nmpk.waktu tu kolej cuma guna blok depan.blok blkg belum digunakan.mmg scary tp xmustahil benda2 tu ada

    BalasPadam
  2. hiii..saya pun dri SAB jugak..generasi yang ke 21 hehehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hii... maafla semenjak ODL ni busy memanjang haha papepun goodluck ya

      Padam

Catat Ulasan

Post Popular

Free Top Up RM8 Betul tak tipu

Umpan Terbaik Ikan Haruan

Cara Meningkatkan Subscriber YouTube

Labu Air Bagus Untuk Buah Pinggang