Umpan Terbaik Ikan Haruan
Ikan haruan terkenal dengan sifatnya yang agresif. Biasanya ditemui di tasik, tali air mahupun kawasan air bertakung. Tahukah anda banyak umpan yang boleh dijadikan tarikan pemangsa ini. Lain macam bunyi dia tapi Haruan ini memang agresif dan ganas. Lebih-lebih lagi yang bersaiz besar seperti toman, bujuk dan lain-lain
Ikan haruan terkenal dengan sifatnya yang agresif. Biasanya ditemui di tasik, tali air mahupun kawasan air bertakung. Tahukah anda banyak umpan yang boleh dijadikan tarikan pemangsa ini. Lain macam bunyi dia tapi Haruan ini memang agresif dan ganas. Lebih-lebih lagi yang bersaiz besar seperti toman, bujuk dan lain-lain
Antara Umpan Terbaik Ikan Haruan
1. Cicak
Rating: 5 Bintang
Cicak ni memang mudah didapati bagi yang tinggal di kampung kerana haiwan ini bisanya banyak di rumah.
Buat pengetahuan kalian Cicak merupakan umpan terbaik bagi kategori umpan hidup kerana sifatnya yang bergerak dan berbentu unik. Senang kata kalau baling kat tali air pasti ada yang sambar.
Caranya adalah dengan meletakkan mata kail di perut cicak itu.
Jangan letak mata kail di bahagian ekor kerana ianya mudah tercabut ataupun putus.
Jika anda geli dengan cicak hidup boleh saja beli yang tiruan.
Bagi admin cicak ini lebih cepat dimakan dengan rakus oleh haruan. Baling umpan ini dan tarik perlahan - lahan ulang beberapa kali.
2. Katak
Katak memang biasa menjadi kelaziman pemancing di tali air mahupun kolam untuk dijadikan umpan.
Mudah dijumpai dan dibeli di kedai.
Sangat sesuai untuk Casting. (Tiruan)
Sifatnya yang juga bergerak agresif mudah menarik ikan di kawasan terdekat.
Tips : Jika kawasan yang anda mancing ada di diami katak tukar kepada umpan lain. Contohnya Cicak atau cengkerik.
3. Cengkerik
Rating: 5 Bintang
Mudah Diperolehi di pasaran.
Mudah dikendalikan
Menjadi pilihan ikan lain.
Terkenal dan biasa digunakan pemancing.
4. Ikan Tempala
Rating: 4 Bintang
Ikan ini banyak didapati di kawasan tali air kecil seperti parit. Mancing ikan ini dengan cacing.
Mungkin disesetengah kawasan ianya susah dicari. Dulu memang banyak.
Berwarna hitan-kehitaman dan saiznya kecil saja seperti ikan pelaga.
Biasanya memang apabila ditinggalkan setelah siap dipasang pasti ada yang sangkut.
5. Cacing Tanah
Umpan biasa digunakan dan mudah dicari lagi-lagi di akar pokok.
Perlu sedikit sabar kerana ikan perlu mengambil masa untuk mengenali umpan itu.
Menarik ikan lains eperti ikan keli.
Kos yang rendah kalau cari sendiri belakang rumah percuma je.
Ulasan
Catat Ulasan