Penyakit Kencing Kotor
Apa itu penyakit kencing kotor
Kencing kotor atau bahasa saintifiknya Nifrotic Sindrome adalah sakit yang disebabkan oleh radang buah pinggang. Kencing kotor ini jika diambil ringan boleh menjadi lebih teruk antaranya adalah penyakit buah pinggang. Pada tahap yang seterusnya jika pesakit lambat mendapatkan rawatan maka sakit ini boleh membawa kepada sakit buah pinggang yang membawa kepada dialisis.
Simptom atau Tanda-tanda
1. Tanda yang jelas adalah keadaan bawah mata yang bengkak pergelangan kaki yang bengkak.Hal ini terjadi kerana air dalam badan telah pergi ke kawasan terbabit. Jika perkara ini berlaku anda perlu segera merujuk kepada Hospital terdekat anda untuk mendapatkan rawatan lanjut.
2. Warna air kencing bertukar menjadi kemerah-merahan (yang disebabkan oleh protein yang dikeluarkan semasa kencing).
3. Kencing juga berbuih dan berbau hanyir ( Tidak bau hancing tetapi seakan bau darah)
4. Sakit di bahagian pinggang seperti menekan ataupun mencucuk.
5. Rasa letih lesu pada badan, sukar bernafas kerana air di dalam badan terlalu berlebihan.
Apabila anda mengalami tanda di atas terutamanya tanda pertama sila dapatkan rawatan segera di hospital terdekat anda.
Adakah sakit kencing kotor boleh sembuh ?
Ya, penyakit ini boleh sembuh dengan rawatan dan diet yang ditetapkan doktor.
Kaedah pemakanan yang sihat perlu diterapkan dan dilaksanakan dengan disiplin oleh pesakit.
Apakah pantang bagi pesakit ini ?
Air berkarbonat adalah dilarang sama sekali. Ini kerana apabila anda minum minuman ini sakit tersebut boleh berulang kembali dimana seluruh badan boleh bengkak disebabkan radang buah pinggang.
Ulasan
Catat Ulasan