Cara Meningkatkan Subscriber YouTube
SUBCRIBER atau dalam bahasa mudahnya adalah pelanggan.Ia adalah pengguna internet yang berdaftar yang melanggan sesebuah channel youtube.
Semakin tinggi jumlah SUBCRIBER di channel anda, semakin tinggi kebarangkalian video yang anda hasilkan mendapat views atau tontonan.
Memiliki channel youtube yang beribu SUBCRIBER menjadi impian bagi semua creators atau pemilik YouTube Channel.
Jadi apakah cara untuk meningkatkan subcriber youtube di channel anda ?
1. Tajuk
Memilih tajuk merupakan perkara utama dalam pembuatan sesebuah video.
Pilih tajuk yang gempak dan menarik.
Ianya membantu pengunjung untuk klik video anda dan seterusnya menjadi SUBCRIBER anda.
Ia juga memudahkan pelawat mengujungi laman anda.
Sebagai contoh kita lihat saja youtuber Indonesia, mereka pandai memancing pelawat dengan tajuk video yang ada perkataan yang gempak atau menarik seperti Dewa, menabjubkan, dan sebagainya.
Tetapi kita lihat video mereka biasa-biasa saja tetapi tajuk mengalahkan segalanya.
Nak gelak pun ada, tapi tontonan mereka memcecah berjuta-juta. Admin sendiri pun
Tertarik dengan tajuk di video mereka.
Jadi anda perlu memilih tajuk yang bersesuaian dan viral ketika itu untuk lebih
mempercepatkan anda mendapat pelawat dan seterusnya SUBCRIBER berpusu-pusu
Melanggan channel anda.
2. Content (Isi)
Pembikinan video perlulah menarik dan mudah mempengaruhi orang.
Isi video yang menarik pastinya mudah menarik SUBCRIBER yang ramai.
Contohnya seseorang pelawat minat tentang topik memancing dan kebetulan
channel anda berkaitan memancing.
Jadi apabila pelawat itu suka content di channel youtube anda maka pastinya dia akan subcribe atau langgan anda.
Jadi fokus untuk hasilkan content atau isi video yang menarik untuk meningkatkan subcriber youtube di channel anda.
3. Topik Viral
Mudah saja topik viral yang sedang mendapat perhatian perlu anda jadikan sebagai content dalam channel anda.
Ianya amat membantu meningkatkan subcriber kerana ramai orang yang ingin tahu isu viral
dan ianya pasti memberi faedah kepada anda.
Contohnya anda boleh buat video komen tentang isu viral yang wujud.
Contoh buat reaksi pasal video yang tengah trending di YouTube.
4. Rajin upload video baru
Jadi di sini anda perlu jadi creator atau pemilik channel youtube yang rajin mengemaskini channel anda dengan upload video secara berkala atau mungkin setiap hari 1 video.
Ataupun seminggu 1 video.
Ataupun 2 minggu 1 video.
Tapi jangan terlalu lambat menghasilkan video kerana SUBCRIBER mahukan video anda untuk hiburan mereka.
Jadi anda perlu usaha keras untuk hasilkan video sebanyak mana yang anda mampu hasilkan.
5. Promosi (pengiklanan)
Anda juga boleh meningkatkan subcriber di channel youtube anda dengan membayar sesebuah pihak untuk mengiklankan channel anda di khalayak ramai.
Tetapi bagi yang masih baru dan berjinak-jinak lagi dengan bidang ini admin kurang galakkan dan perlu pimpinan seseorang yang mahir.kerana ia menggunakan modal dan jika salah caranya anda tidak akan dapat pulangan daripada promosi itu.
Tapi anda boleh melaksanakan promosi secara percuma.
Macam mana ?
Anda boleh sebarkan channel anda di media sosial seperti Facebook.
Anda juga boleh membuat akaun khas untuk channel youtube anda bagi setiap media sosial yang terkenal.
Anda juga boleh mendaftar channel anda di engine search supaya mudah dikesan orang di seluruh dunia.
Saya mahu 1juta subscribe
BalasPadamBoleh, anda mampu mencapai 1 juta subscriber dengan kaedah yang betul dan channel anda perlu sentiasa update.
Padam