Bahaya Air Bikarbonat Kepada Buah Pinggang

 Minuman Berkarbonat Merosakkan Gigi ~ Blackrosehunter

Minuman berkarbonat ataupun disebut air gas merupakan air yang digemari ramai orang. Minuman ini lazimnya di jual dan dihidangkan dalam keadaan sejuk.Tapi tahukan anda kesan buruk minuman ini pada badan anda ?

Minuman ini memang sedap dan mudah didapati. Harganya juga murah , harganya serendah RM 1 dan anda boleh mendapatkanya. Ramai mungkin tahu minuman ini menpunyai kesan buruknya tapi mereka tidak mengambil hal ini secara serius.

Bukan hanya merosakkan gigi malahan ianya boleh mendedahkan organ dalaman anda seperti buah pinggang dalam keadaan bahaya. Kesannya bukanlah diterima dalam masa terdekat tetapi kesanya apabila anda mengambil minuman ini dalam tempoh panjang secara konsisten ataupun pengambilan secara kerap. Jadi kesimpulannya cubalah jauhkan diri anda dari bahaya ini. Tukar norma hidup anda yang dulu suka ambil minuman berkarbonat kepada minuman yang lebih sihat seperti minuman jus ataupun berbuah.

Penyampaian maklumat ini bukanlah ditulis untuk memburukkan atau menjatuhkan industri air berkarbonat tetapi untuk membantu anda dari menjadi mangsa mudarat air berkarbonat ini. Perkara ini berdasarkan penilaian admin sendiri serta pengalaman yang dilalui.

Bagi yang kerap mengamalkan minuman ini cuba perlahan - lahan kurangkan pengambilan minuman ini. Pemerhatian admin di hospital mendapati ramai pesakit yang berkaitan buah pinggang adalah berpunca daripada air berkarbonat. Apabila sudah sakit sudah tidak banyak pilihan yang boleh dibuat. Tidak guna menyesal kemudian. Apabila buah pimggang rosak kemudian proses dialisis perlu dijalankan untuk memastikan darah anda dicuci dalam bahasa mudahnya. Pesakit buah pinggang ada yang tidak boleh buang air kecil bayangkan betapi sakitnya.Mereka hanya bergantung sepenuhnya pada mesin dialisis untuk meneruskan hidup.

Bukan hanya kesakitan yang dialami kos bagi menjalankan dialisis juga semakin meningkat. Orang ramai mungkin lalai dengan perkara ini. Cuba anda buat lawatan ataupun pemerhatian anda di hospital. Anda juga boleh bertanya pada doktor atau pakar kesihatan untuk mengetahui maklumat berkaitan air berkarbonat ini secara mendalam dan seterusnya mendapatkan nasihat doktor jika anda pengemar minuman ini.

Admin dulu juga suka minum minuman ini tapi Alhamdulillah sudah hampir 6-7 Tahun tidak minum minuman ini. Memang mula-mula susah tapi lama kelamaan ianya mudah dikawal. Pikir jangka masa panjang. Kalau anda sakit macam mana kehidapan anda, adakah syarikat ingin mengambil orang sakit bekerja. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Admin mula tersadar bahawa minuman ini sangat berbahaya jika diambil secara kerap. Admin bermula terkesan apabila berjumpa dengan pesakit di hospital yang berkongsi cerita. Mereka sakit dan ianya membuatkan admin tersedar dan mengambil ikhtibar. Sejak dari situ admin berazam tidak mengambil apa-apa minuman berkarbonat lagi.

Jadi kesimpulanya cuba tukar norma kehidupan anda dengan norma baru, jika dulu musim perayaan anda menghidangkan air berkarbonat, tukar kepada air buah-buahan. Apabila anda mengunjungi jiran atau kenalan anda juga, anda boleh meminta air mineral jika tuan rumah menghidangkan air berkarbonat. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.

Ulasan

Post Popular

Pengalaman seram di UiTM Segamat

Free Top Up RM8 Betul tak tipu

Umpan Terbaik Ikan Haruan

Cara Meningkatkan Subscriber YouTube

Labu Air Bagus Untuk Buah Pinggang