Hantu "Mobile Legends"


Hantu "Mobile Legends"



Salam sejahtera semua,semua sihat? Alhamdulillah admin di sini sihat. Cuma kebelakangan ni sibuk sedikit disebabkan assignment yang bertimbun ... haaaaaa,
sebenarnya memang saja je mendiamkan diri seketika sebab nak fokus untuk pelajaran..
siapa tak nak berjaya.. kan.. kan.

Ok baiklah kali ini admin bahasakan diri sebagai aku ya dalam cerita ini,,,,, aku akan menceritakan sebuah kisah yang mungkin agak biasa bagi sesetengah orang tapi tidak bagi diriku,

Cerita ini terjadi sebelum bulan Ramadan yang mulia ini menjelma ......

Al kisah bermulalah cerita ini di rumah aku.Malam yang sunyi macam selalu.Kisah aku ini mungkin sama atau lebih kurang dengan cerita sebelum ini tapi tidak ada satu pun yang admin tipu ,,, heee, hee
semuanya di ceritakan kembali di blog " http://pengalamankuterbaik.blogspot.my/ " 
ini kebanyakannya kisah benar dan bukan sama sekali rekaan..

Ramai yang berkata pada aku..eleh cerita kau ni mesti rekaan kan..Tapi tuan punya badan saja yang boleh berkata sama ada benar atau tidak. Terpulang pada anda...


Cerita ini agak mencemaskan aku, maklumlah aku pun bukanlah berani sangat tapi berani tu ada lah jugak tak lah kecut sangat,,, macam faiz roslan hihiihi.

Jam menunjukkan pukul 1 pagi waktu tempatan,,,
waktu yang tenang ahli keluargaku semuanya sudah tidur.Aku masa tu tengah main game Mobile Legends dengan team aku. Mana taknya main game sampai pukul 3, asyik menang straight haaa..
main RANK pastu menang 10-11 game non-stop. Syok dapat team yang POWER .
Main memang menang je aku ni user Karrie bolehla setakat nak bawak game ke arah kemenangan.. cehhh,, tak la biasa je bolehla Legend je.


Malam tu memang layan game tu sampai suatu masa aku rasa tak kena,ada sesuatu yang mengacau aku. time aku main, aku time tu kat sofa depan ruang tamu,bersebelahan sliding door dan berhampiran pintu hadapan rumah lebih kurang 20 kaki. Masa tu aku macam tak hiraukan je sebab mungkin perasaan aku je.. 

ketika aku main tiba-tiba datang bunyi jeritan atau sesuatu mengilai di luar rumah,,mak aiii..
gila tak seram. Bunyi tu macam bergema di luar rumah, Naik terus semua bulu roma kat badan aku.

seriuss wei. Tolongla aku tengah rank ni. haaaa, Bagi la aku habiskan game ni tak pasal-pasal kalah dah stress haaaa.aaa. Bunyi tu kemudian hilang aku pun macam ok,itu maybe bunyi orang jerit orang gelak je kan. Pastu tak lama lepas tu bunyi ketawa,....


hi hi hi hi hi hi....
Ni semua dah tahu bunyi ni siapa yang buat..huuuuu seram dibuatnya habis sejuk satu badan.
badan dah start mengiggil..mati la suara siapa ketawa pukul 2 agak-agak la ketawa tu cover la sikit. Bergema satu KG ni.

Aku yang tengah main, stop kejap.Wei bunyi apa ni. Aku tijau-tinjau ayah aku kat bilik. 
Still tidur. Serius kuat dia ketawa tak de siapa sedar,,
aku beranikan diri aku ke ruang hadapan kembali..........
Bunyi tu still ada walaupun agak lama..dia ketawa..
TAK geti penat ke wei...


Bunyi tu datang macam dari pokok rambutan tidak jauh dari rumah aku..
aku cuba tengok-tengok dari tingkap sebelah pintu tetap tak nampak apa-apa. Keadaan luar gelap sangat,tak de sebarang cahaya yang ada. Bunyi tu makin lama makin hilang atau pun bergerak.
macam, hmmmm..benda tu bergerak.. makin lama makin dekat macam kat depan pintu je serius wei aku teguhkan sifat berani aku, aku stay kat tingkap tu mengendap cari bunyi tu, mana la..


Aku teringat cerita seram ni mak aku ceritakan. Kat belakang rumah aku ada kebun getah..
lebih kurang 4 padang bola dari belakang rumah aku ada rumah-rumah kampung. 
Agak tersorok. Rumah orang-orang kampung,di sekelilingnya ada kelapa sawit dan sebagainya.
Nak jadikan cerita,Pada suatu hari ada sebuah rumah hendak di dirikan di sebelah kebun getah.
 yang agak besar.Rumah tu hampir siap dibina dan sebelah rumah itu ada sebuah rumah yang telah wujud dan didiami. Hanya 2 rumah itu saja berasingan dengan rumah-rumah lain.
Suatu malam ada seorang ni,dia duduk di beranda rumah menghadap kebun getah yang luas itu sambil di perhatinya rumah saudaranya yang hampir siap dibina.


Tiba-tiba muncul kain putih  di salah satu pokok getah di situ. Ladang itu ada orang katakan bahawa ada yang jaga tempat tu biasalah orang dulu-dulu kalau nak bagi kebun diorang safe. Benda tu macam tolong jagakan tempat tu...

Kain tu terbang sambil diiringi bunyi perempuan mengilai........
Ada yang gambarkan objek tu berambut panjang berjurai dan memakai kain putih yang lusuh.
Macam cerita kat movie,
waduh apa lagi orang yang tengah rehat-rehat kat situ terkejutla, Benda tu makin lama makin dekat sampai singgah terus ke rumah dia di beranda depan rumah orang tu.

Orang tu masuk rumah dan tutup pintu. Pandai benda tu landing cari port baik. Setakat itu saja yang aku tahu dan ada lagi cerita yang budak-budak kampung situ cari benda tu katanya nak rakam benda tu time kak ponti tu tengah viral kat kampung belakang. Diorang naik motor bawak kamera, rakam acah-acah paranormal...haaaa..Berani bapak ah klau aku tak denya baik aku main game kat rumah..

Sambung balik cerita aku,aku time dengar bunyi tu aku terus flash back cerita yang mak aku cerita dulu. Alahai mesti dia lah ni,,,macam nak nangis pun ada, Entiti tu masih ketawa,,,, hihihiihihihiihihihiih,,,,,,,

Aku memang tak boleh brain apa nak buat aku time tu tengah cangkung pegang handphone bawah tingkap still ngendap-ngendap. Aku cuba tengok bawah pintu,



Tiba-Tiba .........

Satu hembusan angin kena di muka aku... Sejuk gile serius lagi mengiggil aku dibuatnya.
aku tak pikir panjang kemudian terus kejutkan bapak aku..

"Ayah, ayah, ayah", Bangun ada suara benda pelik

Bapak aku tengah mamai..."ah apa.. oh ya" dia balas

Aku terus tarik bapak aku gi pintu rumah, Cepat ayah.
Kat depan je bunyi tu,,

time bapak aku datang bunyi tu hilang..

haaa, haha, haa pandai eh ko. Aku kejutkan bapak aku 
ko senyap.. siap ko


Bapakku buka semua lampu di hadapan rumah pada pukul 2.30 lebih kurang .pastu aku ingat bapak aku dia nak keluar cari ke kan.haaaaaaa rupanya dia pun takut..
Ngendap-ngendap je ,,, haaa

sampai sini je la ceritanya.Harap beri pengajaran. Janganla main game lewat malam bersengkang mata baik ko study final exam dah nak dekat haaaa,

Terima kasih sudi membaca aku pun saje menulis nak cari mood sebelum study..

TERIMA KASIH DAUN KELADI SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI.






Ulasan

Post Popular

Pengalaman seram di UiTM Segamat

Free Top Up RM8 Betul tak tipu

Umpan Terbaik Ikan Haruan

Cara Meningkatkan Subscriber YouTube

Labu Air Bagus Untuk Buah Pinggang