Bunyi Jeritan Pada Pukul 3 pagi

Bunyi Jeritan Pada Pukul 3 pagi


Salam semua,hari ini aku ingin menceritakan sebuah kisah yang memang agak meninggalkan kesan dalam diri ku. Kisah ini juga menyebabkan aku lebih berjaga-jaga terutamanya pada waktu malam. Aku berharap pembaca mendapat pengajaran dan mengambil iktibar dari kisah ini.
Ok la nak tulis panjang-panjang pun malas,heeee....baru lepas mengecat tadi maklumlah Hari Raya Cina Hampir tiba.
Sebenarnya tak de kena mengena pun,

Ni mama suruh cat rumah tukar sikit suasana dah bosan katanya.Ikut je la aku pun anak lelaki paling tua, dua lagi yang sulung kakakku.Memanjang Busy je, sorang Study kat UIA Gombak dan sorang lagi  engineer kat Sime Darby di Selangor juga.Memang Selangor dah Jadi macam rumah kedua Ku.lagi satu memang ramai sedara ku tinggal sana.
Ok la kita sambung cerita tadi....
Kisah ni sudah agak lama berlalu tapi masih "Fresh" dalam ingatanku

Bermulalah kisah ini pada "SUATU MALAM"

Malam yang sunyi dan agak berangin.Aku malam tu tersadar dari tidur, lepas dah tak boleh sambung tidur aku ambil lactop dan start main game.


Malam tu aku main lebih kurang pukul 2-3 pagi.Aku main game bola "PES" maklumla kaki bola KAN. Syok main game sampai rabun mata ni. haaaaaa,menyesal pulak sekarang ni,
Tapi sekarang dah tak la main game,
Dah sedar main game tu buang masa.
Baik business online banyak platform contohnya dropship cuma kena bijak cari ilmu.

OK, Sambung balik cerita tadi...........
Time aku syok main PES , lantas aku dengar bunyi tapak kaki kat luar rumah bunyinya macam orang lari ke arah rumah aku.


Aku duduk bersebelahan dengan sliding door kaca yang memang nampak luar cuma ditutupi langsir, Mula berasa cemas, aku mulanya terpaku, jantung berdegup laju....dupdap...dupdap.....dupdap.
Memang terkejut tiba-tiba je.

Pencuri ke ??????
Aku dengan Tengah main game terus matikan lactop dan mencari tempat 
untuk menyorok sambil curi-curi tengok kat langsir. Memang takut gila....
Time tu memang bingung nk buat apa pun tak tau..

Aku punya handphone time tu tak de credit. Tak terfikir nak telefon polis ke apa ke
Bunyi tu kemudian diiringi bunyi suara
Macam suara orang tua. BUNYI tu memanggil sesuatu berulang-ulang kali.

Bunyi nya macam ni "Din,din,din"
........... berulang Kali. 8-9 kali
Masa tu memang Aku tak tau siapa yang bersuara tu.. suaranya serak-serak basah
Lepas beberapa saat aku baru cam suara tu.....

Macam suara pak Cik aku je..... di Hadapan rumah Ku rumahnya...
Dia berbisik tolong-tolong Din, rupanya dia memanggil bapak Ku memang tak dengar sangat nadanya ketakutan dan mengigil... SERAM SUARANYA MACAM DAH BEGITU TERDESAK.

Aku segera lari dari tempat persembunyianku dan terus kejutkan bapaku yang sedang asik tidur..
Ayah.... Ayahhh...bangun Cik R.. Panggil macam emergency tu..pukul 3 pagi kot..
Memang kebanyakan orang dibuai mimpi dan keadaan yang sunyi dan dingin lagi la, 
aku kejut bapa Ku lantas aku bawa bapa Ku ke sliding door tadi.

Bapaku buka sedikit pintu tu dan berkata kenapa ni? Dalam keadaan bisik ..
Pak Cik Ku menyahut, tolong Din,tolong ada orang masuk rumah.....
Cepat din telephone polis ...... cepat din
Abang takut Din,,,,Ada 2-3 orang..Macam orang Indon
DIAORG BAWAK PARANG TU...Kata Pak Cik ku.

Rumah pak Cik Ku berdekatan dengan rumahku hanya lebih kurang
30 langkah Saja...
Tiba-tiba bunyi jeritan kedengaran.....
Ahhhhh...... Bunyi perempuan menjerit !!!
SUASANA makin cemas, Pak Cik ku mendesak bapaku untuk lebih cepat menelefon pihak polis
"DIN CEPAT DIN"

Sebelum jeritan tu.. Bapa Ku baru menelefon polis..Masa tu, Bapaku terus mendail 999 dan setelah beberapa saat suara perempuan menyahut,YA Encik boleh saya bantu.
BAPAKU PANTAS MEMBALAS PERTANYAAN ITU..

Hello, saya nk laporkan ada rompakan dia ......bla...bla..bla
Cepat ya..datang... Di alamat sekian......sekian....sekian
Dia Bertanya lagi ,"Sebelum tu Encik Siapa Nama Encik"
Saya Encik R.... Bin H....
OK baiklah tunggu bantuan dari pegawai kami harap bersabar encik.
Bapa saya berkata ok cepat ya.

Kami Tunggu beberapa minit sebelum pegawai polis tiba di rumah kami.Sebenarnya jarak antara BALAI POLIS dengan rumah kami kira2  15 minit,tidak begitu jauh, tambah lagi keadaan jalan yang lengang pada awal pagi.
Pihak polis masih belum tiba sehinggakan  pak cik aku berkata "Mana ni Din polis tak buat kerja ke lambatnya,"rungut pakcik ku.

AKU dan bapaku masih dalam keadaan menyorok dan sementara menunggu bantuan pihak berkuasa kami mengendap-ngendap di kaca tingkap rumah di hadapan rumah kami.
Keadaan sudah senyap berbanding suasana kecoh tadi..

Bapaku berkata dalam nada Bisik kepada Pak Cik ku
"Senyap je bang ni "
Pak cik ku masih sembuyi di sudut sama tetapi senyap dia kelihatan begitu resah,takut dan bimbang keadaan ahli keluarganya.



Kemudian tiba sebuah kereta ,keadaan tidak begitu jelas 
Aku bertanya "YAH kereta apa tu"
Bapaku membalas "POLIS KOT"
Memang gelap keadaan di sana tapi keadaan cukup untuk kami untuk memerhati keadaan yang sedang berlaku.
Persoalan timbul KENAPA TAK BUKA SIREN OR LAMPU POLIS TU dalam hatiku.
Oh mungkin tak nak perompak tu tahu kehadiran mereka...

Kemudian kereta peronda polis berhenti di sisi rumah PAK Cik ku berhampiran hadapan rumahku.
Dan kelihatan 3 anggota polis keluar dari kerendaan itu. seorang dari mereka bertindak mengeluarkan pistol dan menghalakan ke arah rumah dan bergerak meninjau rumah dari pintu belakang dalam keadaan pantas sambil berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling.

Selepas beberapa minit seorang anggota polis masuk kembali ke kereta dan bertindak menghidupkan lampu LED  yang terang warna BIRU MERAH. Dan dia bergerak di sekeliling rumah itu dan menyuluh sekeliling rumah dengan lampu itu.DIA membuka lampu sport light di atas kereta peronda itu yang berwarna putih dan menyuluh semak-semak dan kawasan-kawasan yang gelap.



ANGGOTA ITU tiba di rumahku dan menyuruh membuka semua lampu di sekeliling rumah ,
keadaan gelap bertukar terang dan salah seorang dari mereka memanggil rakanya ke belakang rumah dalam keadaan tergesa-gesa sambil membawa lampu suluh meninjau sekitar kebun di belakang rumah pak cik ku.

Mereka meneruskan pemburuan hingga ke belakang kawasan yang semak dan kelihatan tiada apa-apa yang ditemui. Mereka terus dan terus mencari tetapi apakan daya PEROMPAK tersebut sudah berjaya lolos dari mereka dan aku menjangkakan mereka sudah lari sebelum kehadiran polis yang agak lambat.AKU agak kecewa dengan tindakan mereka tetapi ALHAMDULILLAH Aku bersyukur mereka semua selamat dan tiada perkara buruk yang berlaku dalam keadaan yang getir itu.

Selepas itu, selang beberapa hari Pak cik ku menceritakan keadaan sebenar yang berlaku sebelum ropakkan itu berlaku.Pak cik ku memberitahu sebelum rompakkan dia mendengar bunyi yang agak kuat seperti bunyi pintu belakang di hempas dengan benda keras.Kemudian Pak cikku bertindak membuka tingkap biliknya dan keluar perlahan-lahan dan lari menuju ke rumah ku.Kira pak cik ku macam herolah time itu tapi apakan daya polis lambat tiba.Kalau tidak pasti mereka semua berjaya ditahan pihak polis.



Pak cik ku turut menyatakan jumlah kerugian yang ditanggungnya hampir berbelas ribu dan habis rantai kemas keluarganya yang katanya besar-besar hilang dirompak mereka.Keluarga mereka turut diikat satu persatu.Dan bunyi jeritan itu adalah bunyi jeritan mak cikku yang melawan ketika diikat.
Mak cik ku di tampar, itu yang menjerit kuat.

Baiklah aku rasa sampai sini penulisanku tentang cerita ini,harap memberi pengajaran kepada anda semua yang membaca.Aku pun bukan pandai pun tulis blog saje je try.Aku lebih minat menghasilkan video di Youtube.Haaaa  semoga berjumpa lagi di penulisan yang akan datang terima kasih kerana sudi membaca.


PENGAJARAN
Berjaga-jaga pada waktu malam dan jangan lupa simpan nombor balai polis berhampiran rumah anda supaya lebih cepat tindakan diambil jika perkara buruk terjadi.





Ulasan

Post Popular

Pengalaman seram di UiTM Segamat

Free Top Up RM8 Betul tak tipu

Umpan Terbaik Ikan Haruan

Cara Meningkatkan Subscriber YouTube

Labu Air Bagus Untuk Buah Pinggang