Faedah Lain Menjadi Youtuber


Pada perkongsian kali ini admin akan menceritakan faedah menjadi Youtuber ataupun content creator. Banyak yang tidak tahu faedah menjadi Youtuber antaranya adalah menjadi platform iklan oleh syarikat-syarikat besar.

Buat pengetahuan anda, syarikat-syarikat besar ini mencari Youtuber yang mempunyai subcriber (Pelanggan) dan views (Tontonan) yang ramai untuk dipilih untuk menjalankan kerjasama (Partnership).Mereka memilih cara ini berbanding mengiklan terus melalui Youtube kerana mereka dapat mengurangkan kos untuk pengiklanan (Advertising).Jadi ini peluang anda untuk membina Youtube anda sendiri dan kemudian dapat menjana pendapatan yang lumayan.

Hal ini bergantung pada kualiti channel anda dan berapa jumlah tontonan untuk channel anda.
Mudah saja....

Makin Banyak tontonan (Views) ----> Makin banyak anda dibayar

Kebanyakan tawaran ini dilakukan syarikat-syarikat besar seperti Asus .Contohnya, mereka menyasarkan  penduduk di sesuatu kawasan contohnya kedah. Jadi mereka akan mencari Youtuber yang mempunyai kaitan dengan kedah dan mereka akan mencari channel yang banyak dikunjungi penduduk kedah.

Kemudian mereka akan menghantar email menyatakan minat untuk bekerjasama.
Sama ada anda membuat atau mencipta iklan untuk mereka atau mereka menyiapkan iklan dan anda hanya perlu mempromosikan produk mereka.

Kebiasaanya bayaran yang diterima berdasarkan jumlah video yang ditayangkan.
Contohnya 3 video berharga RM1000. Jadi setelah anda Post video yang mengandungi iklan mereka sebanyak 3 kali anda akan menerima bayaran terus melalui akaun Bank.
Ini berdasarkan pengalaman admin yang dapat menjana RM 2000 hanya dengan beberapa post video sahaja.Maklumla channel admin banyak pelawat yang menonton.

Semua kerjasama ini adalah berdasarkan dasar percaya dan profesionalisme. Apabila anda setuju dengan syarat yang diletakkan oleh syarikat tersebut maka anda boleh menjalinkan kerjasama dan syarikat tersebut akan membayar anda.

Bayangkan jika anda mendapat banyak sponsor , pendapatan sampingan anda juga akan bertambah.
Jadi boleh la tanamkan impian untuk membina youtube channel yang berpotensi untuk menjana pendapatan seperti ini. Ingat bukan anda cari mereka tapi mereka yang cari anda.

Banyak lagi ilmu akan di kongsikan oleh admin pada post seterusnya dan pada yang ketinggalan boleh kunjungi posting- posting lama admin. Segala persoalan boleh diajukan di ruangan komen, jika berkesempatan admin akan balas satu per satu.Sekian terima kasih.


Ulasan

Post Popular

Pengalaman seram di UiTM Segamat

Free Top Up RM8 Betul tak tipu

Umpan Terbaik Ikan Haruan

Cara Meningkatkan Subscriber YouTube

Tangkap Gambar Boleh Buat Duit