Sergahan Malam

Night Scene Of Stars Seen Through The Window From Dark Room ...
      Salam sejahtera semua, semoga semua yang membaca sihat selalu, kali ini aku akan menceritakan suatu peristiwa yang berlaku baru-baru ini di suatu malam. Macam biasa aku dikacau dan kali ini peristiwa itu cukup membuatkan ku sentiasa berhati- hati.

      Suatu perkara yang aku perasan benda ataupun entiti ini seperti mengikutku, aku mula sedari setelah beberapa kali dikacau dengan suara atau benda yang sama. Semua cerita ini bukan dicipta, semuanya adalah seratus peratus benar. Entiti itu sering menganggu ku dengan suaranya. Bunyinya seperti suara gadis yang mempunyai suara lunak. Dalam kejadian sebelum ini aku diganggu dengan suara nyanyian merdu di hening malam. Memang mengasyikan mendengar suara merdu tapi merdu itu hadir dengan perasaan seram dan takut menyelubungi diri.

      Bukan tidak baca ayat-ayat suci tapi benda itu seperti suka mendekatiku dan mengacauku di ketika sunyi malam. Pada kejadian malam itu aku sedang membaca buku dan sedang menghafal untuk peperiksaan pada keesokkan harinya. Malam itu agak panas dan sunyi, jam menunjukkan pukul 11.30 malam, aku selepas magrib setelah selesai mengaji terus membuka tingkap atas untuk mengalirkan udara sejuk luar masuk ke dalam. 
   
      Aku memang selalu membuka tingkap lagi-lagi ketika puasa kerana panas cuaca begitu menyiksakan .Maklumla bilik aku seorang je tak ada aircond. Bilik aku terletak berdekatan kebun getah di belakang rumah. Tingkap ku seperti gambar di atas tetapi ada ditambah dengan dua tingkap kecil yang boleh dibuka apabila kita menolak tingkap itu ke luar ataupun ke atas selepas membuka penyendal tingkap itu.

     Ketika itu aku mematikan lampu dan diterangi dengan lampu dari ruang tengah keadaan tidak begitu gelap dan pada masa itu aku duduk bawah tingkap. Posisi ku dalam keadaan baring menelentang. Maklumla tengah menghafal nota-nota. Dalam keasyikkan menghafal tiba-tiba aku merasa sesuatu tidak kena.

     Kemudian, sebuah lontaran suara keluar melintasi deria pendengaranku, bunyinya datang dari tingkap yang aku buka itu. Bunyi itu sangat kuat, bayangkan suara garau perempuan yang menjerit di tingkap atas dan keadaan sekeliling kita gelap. Aku terus resah takut dan pikiran ku bercelaru.
Aku berfikir sejenak macam mana mungkin suara perempuan jerit kat tingkap pada ketinggian itu.

     Naik bulu romaku, meremang teruk biasa dengar bunyi orang nyanyi pun cukup mengerunkan, tapi kali ini bunyi jeritan yang perit diikuti suara perempuan di belakangnya. AKU dah terfikir bukan- bukan entah- entah benda tu terbang kan..... pehh seram dia macam kau jalan dalam gelap tak ada orang sekeliling kau tapi tiba-tiba ada jeritan tepat kat telinga. Badan aku terus mengigil terkejut mana taknya kena sergah tiba-tiba, Alhamdulillah aku tak de sakit jantung kalau tak dah pengsan dah. Bunyi itu memang seram wehh suara perempuan yang garau...... aku sendiri kena manjat kerusi untuk buka tingkap atas tu. Pandai dia suprise aku, terus mengigil aku malam tu, hilang terus hafalan ku, haaa dari petang tadi hafal. 

     Kejadian itu membuatkan aku trauma untuk membuka tingkap, dan melihat tingkap maklumla lepas bunyi jeritan itu aku terus mendongak atas melihat tingkap itu dalam keadaan cemas dan ketika aku pandang keadaan badan ku terus bertukar lain rasa tidak sedap dan terus aku palingkan pandangan setelah melihat sejenak. Keadaan luar gelap tapi seperti ada sesuatu yang ada ditingkapku. 

     Aku rasa benda yang mengacauku benda yang jaga kebun orang di belakang kebun ayahku. Katanya ada cerita yang mana orang di belakang membela sesuatu untuk menjaga kebun mereka tetapi pada suatu ketika dahulu. Dan ada juga cerita yang mana lembaga putih terbang dan singgah di teratak depan rumah di kampung di belakang rumahku jaraknya lebih kurang 2 padang bola dari rumahku.

     Perkara ini sering menjadi tanda tanya di kepala ku. Apa benda tu kepana dia selalu kacau aku. Bukan dekat rumah je kat Kolej pun macam dia ikut. Entahlah tapi apabila aku ceritakan benda ini pada bapaku dia hanya jawab biasalah benda tu memang wujud roh - roh yang tidak tenteram dan aku pun mengakuinya.

   Setakat itu penceritaan ku , terima kasih kerana sudu membaca apapun satu pesanan yang aku ingin sampaikan iaitu sentiasa berjaga - jaga kerana ada sesuatu yang perhatikan anda.....
  
    

Ulasan

Post Popular

Pengalaman seram di UiTM Segamat

Free Top Up RM8 Betul tak tipu

Umpan Terbaik Ikan Haruan

Cara Meningkatkan Subscriber YouTube

Labu Air Bagus Untuk Buah Pinggang