Cara mudah daftar TH Khairat




TH Khairat merupakan pelan sukarela yang menawarkan perlindungan Takaful asas sebanyak RM12,000 terhadap kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.

Berapa Ringgit ?

Langganan tahunan serendah RM28. (Di debitkan terus dari akaun TH anda)

Lebih kurang RM 2.34 sebulan


Jika anda memilih untuk mendaftar daripada kedua-dua pengendali takaful 

langanan tahunan adalah sebanyak RM56 setahun dan perlindungan 

berganda sebanyak RM 24,000. 

(https://www.tabunghaji.gov.my/ms/kenyataan-akhbar/jum-02162024-1200/th-tawar-perlindungan-takaful-berganda-th-khairat)

.

Perlindungan ini akan memberi bantuan kewangan kepada penerima manfaat sekiranya berlaku kematian ke atas pendeposit.



Macam mana nak daftar ?

Pastikan anda ada akaun Tabung Haji dan sudah mendaftar Thijari.


Cara nak daftar ?


Mudah je, anda pergi ke Thijari anda,

Log masuk seperti biasa dan pergi ke menu utama (Homepage) Thijari. 




Pergi ke garis 3 di bahagian atas kiri anda dan klik.



Cari menu TH Khairat dan Klik.


Anda akan di bawa ke laman ini dan klik pendaftaran.



Pilih akaun dan tekan berikutnya



Di ruangan Cawangan TH 
JOHOR : TH SEGAMAT

No KT Pencadang (No Kakitangan) : 4199 




Ruangan di atas, maklumat penerima manfaat.

Contoh: Letak No. Mykad Ibu/bapa/anak (18 tahun dan ke atas) sebagai penerima manfaat. 

Di bawahnya letakkan No. Akaun Tabung Haji


Cari dan berikutnya

Terdapat 2 penyedia Takaful ini yang boleh di pilih sama ada:



  • Hong Leong MSIG Takaful Berhad




  • Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad

Pilih satu di antara dua pengendali Takaful ini atau boleh pilih kedua-duanya.


Terdapat juga pilihan adakah anda ingin menginfakan
RM 2000 daripada RM 12000 ke badan yang terpilih.

Jika anda pilih ya, bermakna anda bersetuju menginfakkan RM2000
Dan sebaliknya jika anda pilih tidak, penerima manfaat 
akan mendapat RM 12000.






Ulasan

Post Popular

Pengalaman seram di UiTM Segamat

Free Top Up RM8 Betul tak tipu

Umpan Terbaik Ikan Haruan

Cara Meningkatkan Subscriber YouTube

Labu Air Bagus Untuk Buah Pinggang