Cahaya apa tu ?

Cahaya apa tu ?


Salam semua, hari ini aku terasa ingin menceritakan pengalamanku yang agak pelik dan aku masih tidak pasti apa yang aku temui atau lihat .
aku sudah menceritakanya kepada rakan-rakanku tetapi mereka tidak percaya dan mengatakan aku berhayal atau berangan,entahla !!

Kejadian ini berlaku pada waktu malam dan aku sendirian di bilik.Aku memang tidak pernah mengalami perkara sebegini dan aku harap sesiapa boleh beritahu aku apa yang aku lihat,mungkin sesiapa yang tahu boleh komen di ruangan bawah.

First of all thanks kerana Sudi baca blog ini,sebenarnya aku lebih minat bisnes online berbanding mengarang blog tetapi entahla sekadar ingin mencuba.Aku juga ingin berkongsi pengalamanku dengan kamu semua semoga berguna, hiiiii.
Aku juga boleh berkongsi cara bisnes online yang telah membantuku dalam kehidupan di university. Haaaaa
Aku mampu tersenyum melihat duit masuk ke akaun bank tanpa perlu meminta duit hanya daripada keluargaku.

Maksudnya ada la duit buat tolong-tolong ibubapa,walaupun ibubapaku hidup senang aku tetap segan meminta duit daripada mereka,sesekali sahaja jika tiada Wang sangat.Boleh la duit yang dijanaku sendiri menjadi Wang saku untuk makan minum di university.
Alhamdulillah...
Mungkin dalam penulisanku yang lain..
Aku boleh kongsikan
Hiiii ,,,,,

Back to my story, .....
Memang malam tu aku berasa kurang sihat,aku pening-pening sikit,aku nak tidur pun tak boleh,aku tiada migraine atau sakit yang seangkatan denganya tapi malam tu aku pening sedikit .

Mulanya aku baring di Katil seperti biasa,kemudian setelah aku berasa kurang selesa aku pun tukar cara baringan,haaaa
Sekejap kiri ke kanan meniarap senget tapi tak selesa aku masih tak dapat tidur.
Haaaa serious rasa tersiksa sikit,lama juga aku Cuba untuk tidur tetapi tak boleh juga, ishhhhh


Last sekali aku tidur dalam keadaan Terbalik.Pelikkan haaaa,memang last tu aku rasa ok sikit,selesa sikit,
Kemudian ayahku Datang ke bilik dan berkata padaku "Ayah matikan lampu ya"
Aku pun balas ok.

Kemudian lampu luar juga ayah Ku matikan,gelap la rumah lampu dapur je biasa dibuka.Jimat elektrik haaaa.
Walaupun gelap aku tetap tidak mampu
Untuk tidur,alahai sakit kepala,aku memang jarang sakit kepala,

Agak lama juga aku berjaga malam tu, tiada apa-apa berlaku.Kemudian setelah lama aku membuka mata aku melihat sesuatu.
Sesuatu?? apa tu

Aku berasa hairan juga,apa yang aku lihat adalah cahaya bulat seakan-akan lampu torchlight, tapi bukan. Aku perhatikan je lampu tu,
Aku takut jugak kerana memang rumah gelap tiba-tiba ada cahaya. Cahaya tu muncul di dinding dan ia bergerak ke kiri kanan atas dan bawah dalam keadaan perlahan, huhuhu. Meremang beb bulu Roma aku.
Yang aku tak boleh brain mana Datang lampu tu, haaaaa.
Serious kepala pening tambah lagi kejadian tu lagi serabut.Aku yakin aku lihat dengan jelas lampu itu aku cubit-cubit tangan aku takut-takut aku bermimpi tapi tak,Aku masih sedar ini bukan mimpi, omg...
Masa tu aku masih perhati je lampu tu,gerak kiri aku tengok ke kanan aku tengok,haaaa macam kucing pun ada tengok je cahaya tu gerak ...

Tapi aku takut sikit masa is bergerak
Serious tak tipu,apa sebenarnya cahaya tu....? seram dalam gelap ada cahaya bergerak kat bilik kau tak seram dibuatnya ..please someone help me,, aku memang takut sikit.

Kemudian tak lama selepas tu,cahaya tu makin besar, besar, dan besar.
Bayangkan makin lama makin besar.
What ??
Aku dengan pening-pening kuatkan diri lawan benda tu,aku kejam mata baca ayat kursi surah al-fatihah dan apa je yang terlintas di kepalaku,

Aku beranikan diri membaca dalam keadaan nada yang sederhana.
Tidak begitu kuat.Cuba lawan benda tu,
Benda tu pelik tau nak cakap lembaga pun entahla aku memang takut lebih-lebih lagi time dia makin besar...

Cahaya " Putih sangat Terang " Dalam bilik gelap. Penuh satu dinding cahaya tu.
Aku tetap kuat kan diri.. tak de apa-apa ni aku bisik dalam hati..
Selepas selesai aku membaca ayat-ayat tadi aku membuka mata dan teka apa berlaku.
Huh, cahaya besar putih tadi hilang,

Alhamdulillah dengan pertolongan Allah.
Benda tu hilang. Kali ni aku tak lari dari bilik aku stay kejamkan mata 
dan akhirnya tidur di bilik itu juga.
Tak Macam cerita sebelum ni aku lari pergi bilik ayah ibu.Ni aku beranikan diri tidur je kat situ.Aku pun time tu pening nak gerak pun susah sikit.

Bersyukurla aku tak de apa-apa. Ok je
Jadikan pengajaran ya para pembaca.
Beranikan diri,hiasi diri anda dengan kerap membaca al-Quran semoga dilindungi Allah.

Gunakan ayat-ayat ini sebagai pelindung.
Terima kasih semua,Semoga dapat sesuatu.
Suka tulisan saya tanya sesuatu ajukan dalam ruangan komen, ikuti saya juga di blogger saya tiada pengikut, haaaa.

Ulasan

Catat Ulasan

Post Popular

Pengalaman seram di UiTM Segamat

Free Top Up RM8 Betul tak tipu

Umpan Terbaik Ikan Haruan

Cara Meningkatkan Subscriber YouTube

Labu Air Bagus Untuk Buah Pinggang