Hati-Hati di Mesin ATM
Kisah kali ini, admin ingin berkongsi suatu pengalaman admin di bank tempatan ketika hendak mengeluarkan duit dari mesin ATM. Masih ingat lagi kejadian yang buat admin berasa cemas dalam masa yang sama bersyukur.
Masa tu ingat nak cucuk duit dalam RM100 sebab tak banyak cash kat dompet. Kejadian pada waktu petang dalam pukul 5.00 . Masuk la dalam sebuah bank ni, depan bank tu ada seorang pengawal keselamatan.
Dari luar tu dah nampak ada 5 - 6 orang beratur kat ATM nak cucuk duit. Masuk la tanpa pikir banyak dalam hati " tak ramai ni kejap je". Ada la 2-3 orang kat depan tengah menunggu giliran. Tak lama lepas tu nampak pak cik dengan mak cik, dua orang dalam keadaan sedikit tua berlegar - legar depan pintu kaca bank.
Nampak macam mak cik tu bawa barang macam beg agak lusuh dan besar. Beg tu macam beg baju dan macam banyak barang dalam tu. Jalan la berdua pak cik dan mak cik tu depan bank ke hulu ke hilir. Tak lama mereka masuk. Dalam hati, " Oh nak cucuk duit jugak pak cik ni ".
Admin pun macam tak rasa apa la sebab mereka nampak biasa-biasa saja. Tapi keadaan mereka nampak uzur pak cik tu dah tua dan mak cik tu dah bongkok dah berpimpinan tangan. Admin abaikan la mereka kejap.
Tunggu punya tunggu lambat pulak orang depan cucuk duit. Baru belajar cucuk duit agaknya, tengok tutorial YouTube. Lepas tu tak lama tinggal seorang je depan admin. Tengok la belakang mak cik dan pak cik tu ada kat belakang tengah tengok-tengok orang.
Mereka tak beratur, mereka berdiri belakang "Area" dinding sambil perhatikan orang. Masa tu orang dah mula ramai sikit dalam 3 - 4 orang beratur kat setiap mesin ATM. Masa tiba giliran nak cucuk duit tu boleh pulak pak cik yang tua tadi datang tegur " Nak boleh tolong pak cik tak tengokkan baki duit".
Admin pun dalam masa yang sama tengah pegang kad debit admin. Dia hulur kad dia dengan kertas tulis password. Admin balas " Boleh cik jap ya". Admin amik kad dia lepastu cucuk dan masukkan password semua dan tengok baki. Pak cik tu berdiri sebelah tengok sama.
Dalam hati admin, " Banyak jugak duit pak cik ni dalam berpuluh - puluh ribu jugak". Gaya tak semegah pun nampak uzur tua dan pakaian pun kotor. Dalam masa pak cik tu kat depan dengan admin berborak sikit, admin tak perasan ada makcik tu kat belakang.
Masa borak sikit tu rasa poket belakang diseluk. Macam tak rasa sangat tapi rasa bergerak la bahagian poket belah punggung. Kat poket tu ada phone admin. Masa tu rasa lain macam, laju - laju pegang handphone kat belakang poket.
Rasa tangan kat poket belakang. Cepat - cepat tengok belakang nampak makcik tadi. Admin tengok la mak cik tu dalam hati masa tu, "Eh dia ni tak padan tua'". Tengok la muka mak cik tu dalam keadaan marah, rasa nak marah tapi tak terkeluar, dia jadi macam rasa serba salah.
Ketika tu orang ramai semua perhatikan tingkah laku admin dan mak cik dan pak cik tu, tapi rasanya mereka tak tahu apa yang berlaku. Kejadian berlaku sekelip mata dan mereka seolah - olah profesional. Seorang dari mereka berborak dengan mangsa untuk mengalihkan perhatian dan satu lagi membuat tindakan menyeluk saku.
Selepas dah kantoi tu, Pak cik yang kat sebelah cepat - cepat pergi ke belakang dan mereka keluar dari bank tu. Rasa tak tahu nak buat apa masa tu sebab perasaan bercampur rasa cemas ada, rasa kesian pun ada.
Habis urusan keluarkan duit terus pergi ke kereta dan perhatikan mereka dari kereta. Kelibat dua orang pak cik dan mak cik tu berjalan meninggalkan bank.
Ulasan
Catat Ulasan