Umpan Terbaik Ikan Haruan
Ikan haruan terkenal dengan sifatnya yang agresif. Biasanya ditemui di tasik, tali air mahupun kawasan air bertakung. Tahukah anda banyak umpan yang boleh dijadikan tarikan pemangsa ini. Lain macam bunyi dia tapi Haruan ini memang agresif dan ganas. Lebih-lebih lagi yang bersaiz besar seperti toman, bujuk dan lain-lain Antara Umpan Terbaik Ikan Haruan 1. Cicak Rating: 5 Bintang Cicak ni memang mudah didapati bagi yang tinggal di kampung kerana haiwan ini bisanya banyak di rumah. Buat pengetahuan kalian Cicak merupakan umpan terbaik bagi kategori umpan hidup kerana sifatnya yang bergerak dan berbentu unik. Senang kata kalau baling kat tali air pasti ada yang sambar. Caranya adalah dengan meletakkan mata kail di perut cicak itu. Jangan letak mata kail di bahagian ekor kerana ianya mudah tercabut ataupun putus. Jika anda geli dengan cicak hidup boleh saja beli yang tiruan. Bagi admin cicak ini lebih cepat dimakan dengan...